Blog ini dibangunkan khusus untuk tatapan keluarga tersayang baik yang jauh mahupun dekat.Ianya juga bertujuan untuk menyimpan gambar-gambar dan dapat diakses dari serata tempat.




>>>>><<<<<<

>>>>><<<<<<


Rabu, 10 Disember 2008

Genting Highland 09 12 08

Semalam (09 Disember 08) kami sekeluarga berjalan-jalan. Tak tahu mana nak tuju dengan beg pakaian konon nak bermalam di luar. Ye lah baru je sehari balik dari kampung beraya dengan opah dan atuk serta nenek... Abah dah dua minggu... masuk tiga mingu tak sehat... dari demam membawa ke batuk yang kronik... pastu sakit badan. Baru nak sehat jatuh pulak dari pokok ala superman... sakit lagi la nampaknya. Sekarang bukan zamannya lagi memanjat.

Kami semalam pergi ke GH... naik cable car. Bagi rasa Ayip dan Atim naik sky way... diaorang tak pernah rasa lagi. Apalagi.. menggigil si Ayip ketakutan. Kat luar nampak hero... garang semacam... rupanya takut tempat tinggi. Tempat di atas sana banyak yang berubah... ruang2 kosong untuk melihat pemandangan dah dijadikan gerai2 jualan. Yelah... mendatangkan keuntungan. Main game sekarang pakai kad (ezikcard).. dah tak pakai token. Sekali main game RM4... parah. Kejap2 kena top up kad la nampaknya. Zaman sekarang semua mahal...



Tiada ulasan: