Blog ini dibangunkan khusus untuk tatapan keluarga tersayang baik yang jauh mahupun dekat.Ianya juga bertujuan untuk menyimpan gambar-gambar dan dapat diakses dari serata tempat.




>>>>><<<<<<

>>>>><<<<<<


Isnin, 23 Mac 2009

Pernikahan Cik Ajak dan Cik Ita

Pada 21 Mac 2009 Jam 1130 Pagi Cik Ajak telah selamat dinikahkan dengan Cik Ita di Masjid Kampung Sungai Leman, Sekinchan. Kami sekeluarga mengucapkan selamat berbahagia dan semoga kebahagiaan kekal ke akhir hayat dan berterusan di akhirat kelak. Tahniah Cik Ajak.



Selasa, 17 Mac 2009

Berkeretapi ....


Cuti sekolah baru-baru ni (16 Mac 2009) kami sekeluarga cuba membuat pembaharuan... kalau biasa berjalan ke hulu ke hilir, kali ni kami menaiki keretapi. Sengaja memilih keretapi kerana ianya merupakan kenderaan darat yang kami sekeluarga belum pernah naiki. Destinasi tak le jauh setakat Ipoh je... cadang2 nak ke Buterworth tapi tak jadi... budget ciput. Naik di Kuala Kubu Bharu dan yang seksanya seat tak de... orang dah duduk seat kami... sebab seat ada yang basah. So, kami terpaksa duduk di antara dua coach.. sampai le ke Slim baru dapat duduk. Time balik ok dan selesa sebab semua dah letih jadi pakat tidur... tak de le yang berlari ke hulu hilir meneroka coach2 yang ada. Tak de apa pun buat di Ipoh... duduk i'tiqaf di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri). Yang pastinya, penduduk Ipoh baik2 dan peramah tak kira bangsa... semua menegur. Kut kami pelik dari orang, tak tahulah... semua bagi salam... termasuk ticket master...