Blog ini dibangunkan khusus untuk tatapan keluarga tersayang baik yang jauh mahupun dekat.Ianya juga bertujuan untuk menyimpan gambar-gambar dan dapat diakses dari serata tempat.




>>>>><<<<<<

>>>>><<<<<<


Jumaat, 26 Disember 2008

Pertunangan Abdul Razak Ishak - 21 Disember 2008


Pada 21 Disember 2008 yang lepas Pak Cik Ajak telah bertunang dengan gadis pilihannya. Turut hadir dalam majlis tersebut.... atuk, opah, tok su dan isteri, wan teh, tok long, tok su keramat dan isteri, wan anjang langkawi, wan andak... wan2...opah2...tok2... dan ramai lagi... 13 buah kereta semuanya... ok.... Selamat bertunang Cik Jak.





Bercuti di Melaka 20-21 Disember 2008

20 dan 21 Disember 2008 yang lepas bersama 'Super Friend' kami bercuti di Melaka. Bersama jiran tetangga sambil merapat-rapatkan silaturrahmi antara rakan setaman. Pelbagai aktiviti dirancang dan terlaksana dari acara sukaneka, ronda2, makan2, acara dewan, dan lain2 lagi. Bertolak jam 800 pagi dengan iringan doa dan tiba di Melaka (D'Nelayan Resort, Pangkalan Balak) jam 1200 tengahari.





Khamis, 18 Disember 2008

Pangkor 12-14 Disember 2008

Meronda lagi... kali ni Pulau Pangkor pulak diundi sebulat suara untuk dikunjungi. Sesak... dahlah hujung minggu... cuti sekolah lagi. Satu chalet ke satu chalet akhirnya dapat juga penginapan di Havana Hotel... tapi jauh sikit dari destinasi asal Teluk Nipah. Ok gak di sini (Pasir Bogak) sebab tak terlalu crowded macam di Teluk Nipah... Sewa keretauntuk ronda dan jalan-jalan cari makan. Dapat naik bot ronda2... main pasir... sentuh batu karang yang terdampar...bagi ikan makan dan melawat tempat bersejarah di pulau ini. Harap anak2 abah dan umi enjoy dan sama2 menikmati keindahan alam ciptaan Allah Taala... jangan merajuk sebab bukan semua kehendak dan permintaan bakal tertunai. Mungkin ada yang Allah tangguhkan atau tidak izinkan untuk berlaku.




Jumaat, 12 Disember 2008

Port Dikson 10 dan 11 Disember 2008

Dua hari kami ke PD... Tiara Beach Resort... Main taman tema air. Semua tak nak keluar dari air.... betapa bahagianya mereka. Ariff dalam takut2 pun sentiasa berada di tepi air... Faiz dan Syafiq jgn ceritalah... selagi tak pangil keluar, selagi tulah tak keluar dari air, sampaikan nak tumbuh sisik dan sirip... nasib baik tak jadi dugong.

Balik dari PD kami singgah di istana negara.... tengok jaga yang setia tertegak mcm patung. Biasa lalu je, kali ni kami singgah.... nak tengok. Di antara ramai2 pelawat, kami je warga tempatan. Seronoknya sebab dapat tengok pertukaran syif guard dan kuda.... tengok le gambar2 yang kami ambil.



Mula nak mencecah air



Ayip tak tahan melihat air



Faiz ni sorang2 pun jadi...



Atim kesejukan... kesian dia. Mengigil semalaman.



Alamak... ni bukan kaunter daftar pilihanraya bang...



Istana1



Istana2




Istana3



Istana4



Istana5

Rabu, 10 Disember 2008

Genting Highland 09 12 08

Semalam (09 Disember 08) kami sekeluarga berjalan-jalan. Tak tahu mana nak tuju dengan beg pakaian konon nak bermalam di luar. Ye lah baru je sehari balik dari kampung beraya dengan opah dan atuk serta nenek... Abah dah dua minggu... masuk tiga mingu tak sehat... dari demam membawa ke batuk yang kronik... pastu sakit badan. Baru nak sehat jatuh pulak dari pokok ala superman... sakit lagi la nampaknya. Sekarang bukan zamannya lagi memanjat.

Kami semalam pergi ke GH... naik cable car. Bagi rasa Ayip dan Atim naik sky way... diaorang tak pernah rasa lagi. Apalagi.. menggigil si Ayip ketakutan. Kat luar nampak hero... garang semacam... rupanya takut tempat tinggi. Tempat di atas sana banyak yang berubah... ruang2 kosong untuk melihat pemandangan dah dijadikan gerai2 jualan. Yelah... mendatangkan keuntungan. Main game sekarang pakai kad (ezikcard).. dah tak pakai token. Sekali main game RM4... parah. Kejap2 kena top up kad la nampaknya. Zaman sekarang semua mahal...