Blog ini dibangunkan khusus untuk tatapan keluarga tersayang baik yang jauh mahupun dekat.Ianya juga bertujuan untuk menyimpan gambar-gambar dan dapat diakses dari serata tempat.




>>>>><<<<<<

>>>>><<<<<<


Jumaat, 26 Disember 2008

Pertunangan Abdul Razak Ishak - 21 Disember 2008


Pada 21 Disember 2008 yang lepas Pak Cik Ajak telah bertunang dengan gadis pilihannya. Turut hadir dalam majlis tersebut.... atuk, opah, tok su dan isteri, wan teh, tok long, tok su keramat dan isteri, wan anjang langkawi, wan andak... wan2...opah2...tok2... dan ramai lagi... 13 buah kereta semuanya... ok.... Selamat bertunang Cik Jak.





Bercuti di Melaka 20-21 Disember 2008

20 dan 21 Disember 2008 yang lepas bersama 'Super Friend' kami bercuti di Melaka. Bersama jiran tetangga sambil merapat-rapatkan silaturrahmi antara rakan setaman. Pelbagai aktiviti dirancang dan terlaksana dari acara sukaneka, ronda2, makan2, acara dewan, dan lain2 lagi. Bertolak jam 800 pagi dengan iringan doa dan tiba di Melaka (D'Nelayan Resort, Pangkalan Balak) jam 1200 tengahari.





Khamis, 18 Disember 2008

Pangkor 12-14 Disember 2008

Meronda lagi... kali ni Pulau Pangkor pulak diundi sebulat suara untuk dikunjungi. Sesak... dahlah hujung minggu... cuti sekolah lagi. Satu chalet ke satu chalet akhirnya dapat juga penginapan di Havana Hotel... tapi jauh sikit dari destinasi asal Teluk Nipah. Ok gak di sini (Pasir Bogak) sebab tak terlalu crowded macam di Teluk Nipah... Sewa keretauntuk ronda dan jalan-jalan cari makan. Dapat naik bot ronda2... main pasir... sentuh batu karang yang terdampar...bagi ikan makan dan melawat tempat bersejarah di pulau ini. Harap anak2 abah dan umi enjoy dan sama2 menikmati keindahan alam ciptaan Allah Taala... jangan merajuk sebab bukan semua kehendak dan permintaan bakal tertunai. Mungkin ada yang Allah tangguhkan atau tidak izinkan untuk berlaku.




Jumaat, 12 Disember 2008

Port Dikson 10 dan 11 Disember 2008

Dua hari kami ke PD... Tiara Beach Resort... Main taman tema air. Semua tak nak keluar dari air.... betapa bahagianya mereka. Ariff dalam takut2 pun sentiasa berada di tepi air... Faiz dan Syafiq jgn ceritalah... selagi tak pangil keluar, selagi tulah tak keluar dari air, sampaikan nak tumbuh sisik dan sirip... nasib baik tak jadi dugong.

Balik dari PD kami singgah di istana negara.... tengok jaga yang setia tertegak mcm patung. Biasa lalu je, kali ni kami singgah.... nak tengok. Di antara ramai2 pelawat, kami je warga tempatan. Seronoknya sebab dapat tengok pertukaran syif guard dan kuda.... tengok le gambar2 yang kami ambil.



Mula nak mencecah air



Ayip tak tahan melihat air



Faiz ni sorang2 pun jadi...



Atim kesejukan... kesian dia. Mengigil semalaman.



Alamak... ni bukan kaunter daftar pilihanraya bang...



Istana1



Istana2




Istana3



Istana4



Istana5

Rabu, 10 Disember 2008

Genting Highland 09 12 08

Semalam (09 Disember 08) kami sekeluarga berjalan-jalan. Tak tahu mana nak tuju dengan beg pakaian konon nak bermalam di luar. Ye lah baru je sehari balik dari kampung beraya dengan opah dan atuk serta nenek... Abah dah dua minggu... masuk tiga mingu tak sehat... dari demam membawa ke batuk yang kronik... pastu sakit badan. Baru nak sehat jatuh pulak dari pokok ala superman... sakit lagi la nampaknya. Sekarang bukan zamannya lagi memanjat.

Kami semalam pergi ke GH... naik cable car. Bagi rasa Ayip dan Atim naik sky way... diaorang tak pernah rasa lagi. Apalagi.. menggigil si Ayip ketakutan. Kat luar nampak hero... garang semacam... rupanya takut tempat tinggi. Tempat di atas sana banyak yang berubah... ruang2 kosong untuk melihat pemandangan dah dijadikan gerai2 jualan. Yelah... mendatangkan keuntungan. Main game sekarang pakai kad (ezikcard).. dah tak pakai token. Sekali main game RM4... parah. Kejap2 kena top up kad la nampaknya. Zaman sekarang semua mahal...



Ahad, 2 November 2008

Birthday Syafiq Ke-8

Hari ini 02 November 2008 genaplah usia Syafiq 8 tahun. Sambutan hari lahirnya disambut sederhana dengan acara biasa memilih hadiah yang dihajati (Jam), makan-makan dan potong kek.
Selamat Hari Lahir dan mudah-mudahan menjadi insan yang berhati mulia, disenangi Allah, Rasul-Nya, keluarga dan masyarakat amnya. Terus berbakti pada din dan manusia amnya.




Kek Hari Lahir - Tetap Pilih Yang Comel


Pada Usia Lapan Tahun (Tak sunat lagi)


Bersama Abang Long, Alang dan Ucu.

Ahad, 12 Oktober 2008

Bagan Lalang Oktober 2008


Minggu Lepas ( 8 Oktober2008) kami bercuti di Bagan Lalang. Abah ambil cuti rehat dan Umi memang berkursus di sana manakala kami (Faiz dan Syafiq) ponteng. Atim sepanjang perjalanan pergi dan balik beriba dipangkuan abah. Hampir 300 km tu... lebih kurang Beruntung ke Penang (kalau perjalanan sehala le). Tak nak dia dengan abang2nya. Jenuh abahnya memandu sambil meriba Atim si cembeng tu... ha ha ha.



Orait gak kat sini !!!

Masih menangis lagi si Atim

Tidur lagi syok... !!!

Kami konker kolam... yang lain pi jauh2

Syawal 1429 (2008)


****

Sambutan Syawal tahun ini kami sambut sederhana... namun kesebokan hari raya tetap kami rasai. Balik kampung pada pagi raya... balik Gombak dan Banting. Tak jauh sangat, tak merasa jem pun... dengar orang cerita jem yang balik jauh2 tu terasa teringin jugak. Tak pe... tahun depan kami bali ikut jauh... dari Bukit Beruntung kami akan menuju ke utara, sampai Simpang Pulai kami akan menuju ke Gua Musang dan patah balik ke Karak. Maka sampailah Gombak... ha ha ha. Logik tak. Nak rasa kampung jauh.

Antara gambar-gambar suasana raya yang sempat diambil.


Husna, Tirah, Ija dan Nurin


Di rumah nenek saudara di Kanching Darat



Di rumah kami


Atuk dan Nenek Saudara (Kakak Atuk)



Mood Raya Ariff



Hakim di serang Teddy

Rabu, 17 September 2008

Birthday Faiz ke 9

Birthday Faiz ke 9 disambut pada 15 September 2008 yang lepas... tak ada yang special. Cuma hadiah permainan apa-apa entah yang dia minta. Sambutan dengan berbuka puasa di luar. Ingat nak potong kek di luar tapi tak jadi... kek pun tertinggal... tak dapat lah Faiz memotong kek tahun ni. Tak pelah... gambar dia ketika berusia 9 tahun sat lagi akan di 'upload'. Ok faiz... dont kecewa... ada banyak lagi dugaan menyedihkan di dunia ini... so, cabaran demi cabaran dapat melestarikan hidup kita akan datang...

Sabtu, 23 Ogos 2008

Birthday Muhammad Ariff Ridzuan (Ayip) ke 2

Birthday Ariff kali ke dua disambut sederhana pada 20 Ogos 2008. Dengan kek yang kecil dan hadiah tidak seberapa nilainya. Namun itu bukan bermakna kami tak kasih. Semoga Allah memberi rahmat dan kasihnya kepada Ayip. Membesar sebagai anak yang soleh dan memberi manfaat kepada ummah dan agama... aamiiin.




kek comel...


mata dah blur... ngantuk...

cepat la yiip...

Percutian di Pangkor Ogos 2008


Bercuti sekejap di Pangkor pada 17-18 Ogos 2008. Membawa bebudak berjalan sempena cuti sekolah. Tak leh lama sebab ada exam PTK... walaupun ayahnya tak baca bukupun balik awal... tapi persediaan batin perlu dilakukan.


Sabtu, 9 Ogos 2008

Antara Gambar-Gambar Di Zoo Negara Bersama Keluarga Mak Jah

Pada 19 Julai 2008 kami bersama keluarga Mak Jah melawat ke Zoo Negara. Menghiburkan hati anak-anak merupakan salah satu daripada tugas ibu dan ayah. Semoga mereka gembira dengan sedikit kenangan di sana....




Ayip dipaksa berposing



Antara yang menarik di zoo



Wajah ibu-ibu yang kepenatan



Bersama keluarga Mak Jah



Atim kepenatan

Jumaat, 8 Ogos 2008

Birthday Muhammad Amirul Hakim (ATIM)


Hari ini 07 Ogos 2008 genap setahun umur atim.. tak pandai jalan lagi tapi cukup menghiburkan hati. Anak abah ni dah pandai marah... mengamuk ... dan yang paling pandai merajuk. Kasih kami pada atim dan harapan kami pada atim, ayip, faiz dan syafiq. Mudah-mudahan kalian menjadi anak yang barguna dan menyumbang pada agama, bangsa dan negara. Abah doakan keselamatan kalian di dunia dan akhirat.




Kek mini.. sebab umurnya pun masih mini



Potong kek.. ayip yang lebih2 nampak



Aii.. nampak bulat la



Atuk dan Opah turut serta dan begitu bermakna bagi kami

Isnin, 26 Mei 2008

Sungai Kelah Hot Spring 26 / 05 /08

Hari ini kami berjalan ke Sungai Kelah Hot Spring, Perak. Mandi manda air panas dan air sejuk. Seronok gak tapi letih juga. Faiz hampir pengsan... pening kepala. Tulah tunjuk hebat main menyelam-nyelam kat air panas. Kamera rosak.. so, tak de gambar nak ditunjuk. Ariff tak nak keluar dari kolam.. kelaparan kami ari ni. Balik singgah KFC Tanjung Malim.