Blog ini dibangunkan khusus untuk tatapan keluarga tersayang baik yang jauh mahupun dekat.Ianya juga bertujuan untuk menyimpan gambar-gambar dan dapat diakses dari serata tempat.




>>>>><<<<<<

>>>>><<<<<<


Sabtu, 23 Ogos 2008

Birthday Muhammad Ariff Ridzuan (Ayip) ke 2

Birthday Ariff kali ke dua disambut sederhana pada 20 Ogos 2008. Dengan kek yang kecil dan hadiah tidak seberapa nilainya. Namun itu bukan bermakna kami tak kasih. Semoga Allah memberi rahmat dan kasihnya kepada Ayip. Membesar sebagai anak yang soleh dan memberi manfaat kepada ummah dan agama... aamiiin.




kek comel...


mata dah blur... ngantuk...

cepat la yiip...

Percutian di Pangkor Ogos 2008


Bercuti sekejap di Pangkor pada 17-18 Ogos 2008. Membawa bebudak berjalan sempena cuti sekolah. Tak leh lama sebab ada exam PTK... walaupun ayahnya tak baca bukupun balik awal... tapi persediaan batin perlu dilakukan.


Sabtu, 9 Ogos 2008

Antara Gambar-Gambar Di Zoo Negara Bersama Keluarga Mak Jah

Pada 19 Julai 2008 kami bersama keluarga Mak Jah melawat ke Zoo Negara. Menghiburkan hati anak-anak merupakan salah satu daripada tugas ibu dan ayah. Semoga mereka gembira dengan sedikit kenangan di sana....




Ayip dipaksa berposing



Antara yang menarik di zoo



Wajah ibu-ibu yang kepenatan



Bersama keluarga Mak Jah



Atim kepenatan

Jumaat, 8 Ogos 2008

Birthday Muhammad Amirul Hakim (ATIM)


Hari ini 07 Ogos 2008 genap setahun umur atim.. tak pandai jalan lagi tapi cukup menghiburkan hati. Anak abah ni dah pandai marah... mengamuk ... dan yang paling pandai merajuk. Kasih kami pada atim dan harapan kami pada atim, ayip, faiz dan syafiq. Mudah-mudahan kalian menjadi anak yang barguna dan menyumbang pada agama, bangsa dan negara. Abah doakan keselamatan kalian di dunia dan akhirat.




Kek mini.. sebab umurnya pun masih mini



Potong kek.. ayip yang lebih2 nampak



Aii.. nampak bulat la



Atuk dan Opah turut serta dan begitu bermakna bagi kami