Blog ini dibangunkan khusus untuk tatapan keluarga tersayang baik yang jauh mahupun dekat.Ianya juga bertujuan untuk menyimpan gambar-gambar dan dapat diakses dari serata tempat.




>>>>><<<<<<

>>>>><<<<<<


Isnin, 19 Mei 2008

Kenangan DI UTM Skudai.. Mac 2008



Majlis Konvokesyen telah diadakan pada 21-25 mac 2005 di UTM Skudai. Kami bertolak pada jam 3.00 petang hari Khamis 20 Mac 2005/ Takdir Allah kereta kami rosak di Melaka. Nasib
baik ada


rakan-rakan yang sudi menolong (Yusri sekeluarga.. terima kasih banyak-banyak). Kami terpaksa menumpang kereta rakan-rakan dan terpaksa sedikit bersesak...

terpaksa berpisah sesama ahli keluarga. Apa nak buat, menumpanglah katakan. Sampai di JB pagi. Selepas latihan beratur pula mengambil jubah.. letih yop tak tidur lagi. Sabtu free dan saya yang tak berkenderaan ni mengambil peluang untuk berehat. Majlis berlangsung pada sebelah petang hari Ahad dan semuanya berjalan dengan lancar. Bertolak balik jam 8oo malam dan singgah di Melaka untuk mengambil kereta, Sampai jam 200 pagi. Dompet Hishamuddin pulak hilang. Menyusul kembali ke tempat rehat tapi dah terlambat, Akhirnya sampai di rumah lebih kurang jam 7.00 pagi. Nasib baik ambil cuti kalau dak mungkin hanyut masa bekerja. Alhamdulillah semua dah selesai.. dan rakan-rakan ada yang mengajak menyambung pelajaran. Ikut hati rasa memang mahu.. tapi rehat dulu la beberapa bulan ni. Luangkan masa untuk anak-anak dan keluarga tersayang. Apapun belajar memang tugas kita sepanjang hayat. Kalau tak di U pun, mana-mana boleh belajar.. yang penting ada kemahuan dan semangat. Buat anak-anak yang tercinta ..rebutlah peluang tika masih punya masa. Jangan tika dewasa nanti menyesal tak sudah.. ingat, tak ada 'back to the future'.

Tiada ulasan: