Blog ini dibangunkan khusus untuk tatapan keluarga tersayang baik yang jauh mahupun dekat.Ianya juga bertujuan untuk menyimpan gambar-gambar dan dapat diakses dari serata tempat.




>>>>><<<<<<

>>>>><<<<<<


Isnin, 14 Disember 2009

Cuti2 Penang Disember 2009


Hajat dihati untuk menjejakkan kaki ke Pulau Pinang akhirnya dimakbulkan Allah SWT. Negeri terakhir dalam Malaysia akhirnya tertawan juga... So lepas ini kena booking group passport untuk menerokai alam luar ciptaan Ilahi.


Pulau Pinang yang digembar gemburkan sebagai negeri industri rupanya masih banyak tempat pelancongan untuk di lawati. Pelancongan yang terlalu singkat menyebabkan banyak tempat tidak dapat dikunjungi. Apapun satu pulau dah kami pusing.... hanya bersiap-siap di hotel muslimin (masjid) dan tidak menyewa mana2 hotel...


Jumaat, 4 Disember 2009

Cameron Sekali Lagi



Tanah Tinggi Cameron sekali lagi menjadi sasaran tiara's family (3/4/09) cuma bezanya anak2 yang besar (faiz dan syafiq) tidak turut serta. Mereka lebih selesa menghabiskan cuti persekolahan di rumah opahnya di Gombak bersama sepupu-sepupunya. Menikmati sundae icecream membuatkan abang dan adik terkilan kerana tidak turut serta. Masa kecil-kecil ni la kena sentiasa dengan umi dan abah... kang dah dewasa dah punya hala tuju masing-masing kesempatan seperti ini mungkin payah untuk berulang.

Berkunjung ke Kuching Sarawak

Hujung tahun tiba lagi... seperti perancangan kami anak beranak terbang ke Kuching untuk meraikan cuti-cuti Malaysia. Dari 21 Nov - 24 Nov 2009 kami menyelusuri Bandaraya Kuching dan Sungai Sarawak. Percutian yang menarik tetapi peancangan kurang rapi menyebabkan banyak tempat tidak dapat di lawati. Apapun beberapa jenis makanan tempatan seperti Mi Kolok, Nasi Ayam Penyet dapat kami nikmati. Orang Sarawak baik-baik dan ramah sekali. Cuti macam ni baik untuk umi dan abah sebab nampak umi dan abah kuat exercise mengejar Ayip dan Akim yang suka berlari tanpa mengira tempat...