Blog ini dibangunkan khusus untuk tatapan keluarga tersayang baik yang jauh mahupun dekat.Ianya juga bertujuan untuk menyimpan gambar-gambar dan dapat diakses dari serata tempat.




>>>>><<<<<<

>>>>><<<<<<


Isnin, 14 Disember 2009

Cuti2 Penang Disember 2009


Hajat dihati untuk menjejakkan kaki ke Pulau Pinang akhirnya dimakbulkan Allah SWT. Negeri terakhir dalam Malaysia akhirnya tertawan juga... So lepas ini kena booking group passport untuk menerokai alam luar ciptaan Ilahi.


Pulau Pinang yang digembar gemburkan sebagai negeri industri rupanya masih banyak tempat pelancongan untuk di lawati. Pelancongan yang terlalu singkat menyebabkan banyak tempat tidak dapat dikunjungi. Apapun satu pulau dah kami pusing.... hanya bersiap-siap di hotel muslimin (masjid) dan tidak menyewa mana2 hotel...


Jumaat, 4 Disember 2009

Cameron Sekali Lagi



Tanah Tinggi Cameron sekali lagi menjadi sasaran tiara's family (3/4/09) cuma bezanya anak2 yang besar (faiz dan syafiq) tidak turut serta. Mereka lebih selesa menghabiskan cuti persekolahan di rumah opahnya di Gombak bersama sepupu-sepupunya. Menikmati sundae icecream membuatkan abang dan adik terkilan kerana tidak turut serta. Masa kecil-kecil ni la kena sentiasa dengan umi dan abah... kang dah dewasa dah punya hala tuju masing-masing kesempatan seperti ini mungkin payah untuk berulang.

Berkunjung ke Kuching Sarawak

Hujung tahun tiba lagi... seperti perancangan kami anak beranak terbang ke Kuching untuk meraikan cuti-cuti Malaysia. Dari 21 Nov - 24 Nov 2009 kami menyelusuri Bandaraya Kuching dan Sungai Sarawak. Percutian yang menarik tetapi peancangan kurang rapi menyebabkan banyak tempat tidak dapat di lawati. Apapun beberapa jenis makanan tempatan seperti Mi Kolok, Nasi Ayam Penyet dapat kami nikmati. Orang Sarawak baik-baik dan ramah sekali. Cuti macam ni baik untuk umi dan abah sebab nampak umi dan abah kuat exercise mengejar Ayip dan Akim yang suka berlari tanpa mengira tempat...










Isnin, 30 November 2009

birthday faiz dan syafiq 09



Birthday Muhammad Faiz di sambut pada 15 September 2009 manakala birthday Muhammad Syafiq di sambut pada 02 November 2009. Semakin hari semakin singkat umur kita sebenarnya dan bukannya semakin panjang... hari untuk bertemu-Nya semakin hampir. Cukupkah bekalan yang ada atau apakah perlu di tambah... manusia biasa tidak pernah cukup dengan dunia tetapa hanya berpada untuk akhirat.

Cuti-cuti Malaysia 2009 Datang Kembali...

Seperti lazimnya... cuti hujung tahun diisi dengan keriangan bersama family ke merata tanah air...
Tahun ini mungkin ianya akan berulang atau duduk di rumah saja... apapun sebelum cuti faiz dan syafiq dah merisik khabar... kamanakah halanya tahun ini. Apapun, jadilah anak yang baik .... supaya nanti akan di bawa oleh Khaliq cuti2 ke Jannatullah yang maha luas.

Ahad, 9 Ogos 2009

Birthday Muhammad Amirul Hakim ke - 2


Semalam (7 Ogos 2009) merupakan birthday baby Atim ke 2. Dah besar dah baby abah ni... makin manja dan makin mengada-ngada nampaknya. Apapun... semoga sentiasa dalam perlindungan Allah dan membesar sebagai seorang hamba Allah yang soleh dan sentiasa dalam keredhaan-Nya.

Ahad, 7 Jun 2009

Majlis Perkahwinan Cik Ajak & Cik Ita - Sekinchan 07-05-09

Bergambar Beramai-Ramai Sebelum Tiba Di Rumah Pengantin

Mengaminkan Doa Yang Dibaca
Jom makan cendolll...

Dua mempelai duduk bersanding....


Ck Ajak dan Cik  Ita...
Selamat Pengantin Baru 




Isnin, 23 Mac 2009

Pernikahan Cik Ajak dan Cik Ita

Pada 21 Mac 2009 Jam 1130 Pagi Cik Ajak telah selamat dinikahkan dengan Cik Ita di Masjid Kampung Sungai Leman, Sekinchan. Kami sekeluarga mengucapkan selamat berbahagia dan semoga kebahagiaan kekal ke akhir hayat dan berterusan di akhirat kelak. Tahniah Cik Ajak.



Selasa, 17 Mac 2009

Berkeretapi ....


Cuti sekolah baru-baru ni (16 Mac 2009) kami sekeluarga cuba membuat pembaharuan... kalau biasa berjalan ke hulu ke hilir, kali ni kami menaiki keretapi. Sengaja memilih keretapi kerana ianya merupakan kenderaan darat yang kami sekeluarga belum pernah naiki. Destinasi tak le jauh setakat Ipoh je... cadang2 nak ke Buterworth tapi tak jadi... budget ciput. Naik di Kuala Kubu Bharu dan yang seksanya seat tak de... orang dah duduk seat kami... sebab seat ada yang basah. So, kami terpaksa duduk di antara dua coach.. sampai le ke Slim baru dapat duduk. Time balik ok dan selesa sebab semua dah letih jadi pakat tidur... tak de le yang berlari ke hulu hilir meneroka coach2 yang ada. Tak de apa pun buat di Ipoh... duduk i'tiqaf di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri). Yang pastinya, penduduk Ipoh baik2 dan peramah tak kira bangsa... semua menegur. Kut kami pelik dari orang, tak tahulah... semua bagi salam... termasuk ticket master...










Khamis, 29 Januari 2009

Atim masuk wad....

Pada 17 Januari lepas Amirul Hakim muntah-muntah dan ceret beret diikuti dengan demam panas pada hari berikutnya. Badannya susut serta merta dan terpaksa ditaan di wad untuk rawatan selama ampir seminggu. Adik Atim telah sehat dan keluar wad pada 23 Januari. Hari ini 29 Januari 2009 beliau masih lagi sebenarnya ceret beret. Namun selera makan beliau sudah ada dan kami berharap adik atim akan terus sehat...

Muhammad Aqil kembali ke Rahmatullah...

Pada 15 Januari 2009, Muhammad Aqil anak kepada Bik Imah yang berusia 8 bulan telah kembali ke Rahmatullah. Kami berharap Bik Imah sekeluarga cekal menghadapi ujian Allah dan leih gigih menghadapi hari mendatang.